Ikuti Kami:

“Saya Mesti Kena Jaga..” – Taecyeon Dedah JYP Larang Untuk Berlakon Watak Jahat Tapi Kenapa?

“Saya Mesti Kena Jaga..” – Taecyeon Dedah JYP Larang Untuk Berlakon Watak Jahat Tapi Kenapa?

Selain penyanyi, Taec-yeon juga merupakan seorang pelakon berbakat.

Baru-baru ini, Taec-yeon telah tampil sebagai tetamu dalam rancangan podcast “DAEBAK SHOW”, di mana dia ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, pengacara Eric Nam ada bertanya,

Mungkin awak sudah melakukannya tapi watak apakah yang awak belum lakukan lagi dan ingin mencubanya?

Kemudian, Taec-yeon menjelaskan bahawa dia sudah lama mengimpikan untuk memainkan watak antagonis namun tidak dibenarkan oleh agensi lamanya JYP Entertaiment. Jelasnya,

Saya tak bercakap buruk tentang JYP, saya hanya mengatakan fakta literal. Mereka tidak membenarkan saya membawa watak antagonis dan watak jahat kerana saya mesti mempunyai imej yang bersih, bagus dan disukai. Saya boleh menjadi pemberontak tapi tak boleh jadi pembunuh bersiri. Jadi, itulah satu-satunya impian watak yang saya ingin cuba.

taecyeon daebak show

Sambung lelaki itu lagi dengan memberitahu sebabnya,

Saya faham kenapa. Jika saya memainkan watak jahat dan akan dibenci, ia akan membawa kepada beberapa projek saya seperti iklan yang akan dibuang. Ia akan menjejaskan peluang itu dan mungkin imej seluruh kumpulan 2PM juga akan menjadi buruk. Syarikat amat bimbang tentang hal itu dan saya seperti ‘Ya, saya faham’. Itulah sebabnya saya tidak memilih watak tersebut..

Namun pada 2018, Taec-yeon secara rasmi meninggalkan JYP Entertainment dan telah sertai agensi baru iaitu 51K. Oleh itu, dia berjaya membawa watak jahat dalam “Vincenzo”,

Semasa ‘Vincenzo’, saya memainkan watak penjahat jadi saya rasa sangat gembira dan bertuah kerana membawa watak seperti itu dalam salah satu projek saya.

Tonton episod penuh Taec-yeon dalam podcast “DAEBAK SHOW” di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...