Ikuti Kami:

Tinggi 172CM & Berat 50KG, UEE Dedah Profil Badan Buat Tatapan Umum

Tinggi 172CM & Berat 50KG, UEE Dedah Profil Badan Buat Tatapan Umum

Siapa yang kenal UEE After School, pastinya tahu bahawa dia sangat popular dek tubuh badan yang menawan.

Dalam episod terbaru “Problematic Children In The House”, wanita itu telah hadir bersama Ha Joon bagi mempromosikan drama terbaru mereka di KBS.

Antara topik yang dibincangkan mereka ialah mengenai fizikal ‘fit’ wanita itu dan ahli keluarganya yang lain.

Ini kakak sebenar saya yang ada di sebelah saya. Saya cuba untuk membina abs sendiri dengan bersenam. Saya juga menangkap gambar profil ini menggunakan duit sendiri.

uee

Jelasnya, kakaknya mengalami kemurungan selepas bersalin dan memilih untuk mengharunginya dengan bersenam. Disebabkan mereka berdua bekas perenang, keduanya berjaya mengurangkan berat sebanyak 10kg dan 6kg.

Dengan ketinggian 172cm dan berat 50kg, Kim Jong-kook meramalkan kadar lemak UEE. Ulas UEE,

Kadar lemak saya hanyalah 13% ke 14%.

Dalam pada itu, ahli After School mendedahkan bahawa dia bersenam bersama ayahnya di mana dia merupakan bekas atlet lantas senaman fizikal dilakukan adalah lebih tegas dan padat.

Wow!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...