Sudah lebih 10 tahun bernaung di bawah SM Entertainment, adakah D.O. EXO akan meneruskan kerjayanya di agensi lain?
Terbaru, satu hantaran menerusi komuniti dalam talian yang bertajuk ‘D.O. merancang untuk menandatangani kontrak eksklusif dengan Cube Entertainment’ telah meraih perhatian ramai dengan kapsyen yang ditulis,
Ia akan diumumkan nanti.
Meskipun tiada sumber yang sahih mengenai laporan berikut namun, netizen rata-rata terkejut dan kecewa sekiranya benar lelaki itu akan sertai Cube.
Komen netizen,
Rasanya lebih cepat kalau D.O. beli je agensi Cube tu.
Macam kelajar je kalau betul..
Bukankah dia akan aktif berlakon, kenapa sertai Cube?
Tolong jangan pergi tempat tak guna itu D.O.
Sama-sama kita nantikan jawapannya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.