Dilapor akan membuka agensinya sendiri, pasti ramai peminat yang risau jika Baek-hyun akan tinggalkan SM dan EXO.

Sebelum ini, Baek-hyun, Chen dan Xiumin telah menfailkan notis tamat kontrak bersama SM Entertainment dek konflik yang tak dapat diselesaikan namun telah mencapai persutujuan pada akhirnya.
Terbaru, Baek-hyun telah mengambil masa untuk berborak bersama peminat menerusi laman Twitter. Khususnya, ada seorang peminat bertanya,
Baek-hyun ah, adakah awak akan tinggalkan EXO? Saya tak suka, saya akan menangis😭😭
Respon idola itu membuatkan ramai lega,
Saya tidak akan pergi, EXO adalah satu, saya tidak akan pecahkan ‘We Are One’, jangan risau hehe.
Selepas melihat pengakuan Baek-hyun itu, ramai peminat telah meluahkan rasa gembira mereka kerana akan dapat melihat EXO dengan 8 ahli lagi di masa hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.