Ikuti Kami:

“Langsung Tak Kelakar” – Peminat Bengang Staf Beri Misi Melampau Pada Suho EXO Dalam Program Hiburan

“Langsung Tak Kelakar” – Peminat Bengang Staf Beri Misi Melampau Pada Suho EXO Dalam Program Hiburan

Setiap peminat pastinya tidak boleh melihat idola kesayangan melakukan sesuatu yang menyakitkan mereka, kan?

Terbaru dalam rancangan hiburan EXO “Travel the World”, salah seorang ahli iaitu Suho telah diberikan tugas untuk melakukan satu misi. Bagaimanapun, misi yang diberikan kepadanya telah membuat peminat marah kerana ia didapati merisikokan kesihatan idola itu.

Dalam siaran tersebut, Suho diminta untuk melakukan 1000 lompatan untuk lompat tali. Apabila dia sudah separuh jalan, kesakitan di matanya jelas kelihatan sehingga dia terpaksa menanggalkan jaketnya dan meneruskan lagi 500 lompatan.

Akhirnya, dia hanya dapat melakukan 800 lompatan kerana D.O. datang melihatnya membuat misi tersebut.

Selepas klip itu disiarkan, netizen segera mengkritik pasukan produksi dan menganggap ia bukanlah sesuatu yang harus dijadikan bahan jenaka. Tambahan pula, lelaki itu sedang sibuk dengan pelbagai jadual kini dan juga mempunyai sejarah kecederaan lutut.

Komen peminat,

Wah, awak adalah sampah toksik tahap atas jika awak rasa ini adalah sesuatu yang lucu.

 

Orang yang waras tidak akan menganggap misi ini lucu. Suho sangat sibuk sekarang dan awak suruh dia melakukan ini?!

 

Apa yang lakukan pada mereka? Sebelum ini Chan-yeol kena duduk di atas bumbung dengan mata tertutup tanpa bantuan staf, sekarang Suho pula kena melompat tali sebanyak 1000 kali? Nak perlahan-lahan membunuh mereka ke?

 

Pasukan produksi program ini adalah yang paling teruk. Mereka langsung tak fikirkan keselamatan dan kesihatan ahli.

Fuh, bukan sikit tu kena buat 1000 kali lompatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...