Ikuti Kami:

Ditangkap Merokok Di Pertunjukan Muzik, D.O. EXO Dikenakan Saman

Ditangkap Merokok Di Pertunjukan Muzik, D.O. EXO Dikenakan Saman

Seorang selebriti pastinya mempunyai sisi yang tidak ingin didedahkan kepada umum.

Pada bulan lepas, D.O. EXO telah ditangkap merokok dalam bilik persalinan pertunjukan muzik di sebuah klip yang dimuat naik di YouTube.

Khususnya, lelaki itu dilihat menghembuskan asap keluar dari hidungnya dan ianya tidak dapat disahkan bahawa rokok yang digunakan itu adalah bebas nikotin.

Sebulan kemudian, seorang netizen menulis bahawa dia telah melaporkan D.O. ke Pusat Kesihatan Awam Mapo-gu, kerana dia merokok di kawasan larangan.

Encik Do dan label pengurusannya menjelaskan bahawa dia menggunakan e-rokok tanpa nikotin. Bagaimanapun, mereka tidak dapat mengesahkan jika produk yang digunakan sememangnya bebas nikotin. Selain itu, kami ingin memberitahu bahawa D.O. telah berjanji untuk menjadi warganegara yang mematuhi undang-undang, terutamanya sebagai seorang tokoh awam pada masa hadapan.

d.o. exo

Untuk pengetahuan, denda yang dikenakan kepada ahli EXO itu adalah sehingga $75.20 USD (RM351), seperti yang dinyatakan di laman web Pusat Kesihatan Awam Mapo-gu.

Sementara itu, SM Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang respon lagi mengenai saman tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...