Selepas 11 tahun debut, D.O. EXO akhirnya telah membuka akaun Instagram demi peminatnya.
Baru-baru ini, D.O. telah muncul dalam program radio SBS “Choi Hwajung’s Power Time Radio”, bagi mempromosikan filemnya akan datang “The Moon”.
Ketika sedang berborak, penyanyi dan pelakon itu ada berkongsi sebab dia membuka akaun Instagram peribadi baru-baru ini. Dia menjelaskan,
Saya buka akaun Instagram kerana saya tidak mempunyai tempat untuk orang berinteraksi dengan saya. Jadi, melalui media sosial ini, saya boleh memberitahu mereka dengan mudah apa yang saya lakukan baru-baru ini, seperti apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian saya, jadi itulah sebabnya saya memutuskan untuk membukanya.
View this post on Instagram
Sambung D.O. lagi,
Tetapi, saya tidak mengambil gambar saya dengan baik menggunakan telefon saya. Jadi, saya tidak mempunyai satu pun gambar diri saya. Biasanya saya tidak mengambil gambar, tetapi sekarang saya mempunyai sebab untuk melakukannya jadi saya akan bekerja keras untuk itu!
Jangan lupa follow Instagram D.O. tau~