Utama Gossip “Tinggalkan Dia” – Joy RV Diminta Cari Lelaki Lebih Baik Dek Isu...

“Tinggalkan Dia” – Joy RV Diminta Cari Lelaki Lebih Baik Dek Isu Crush Diskriminasi Peminat Kulit Hitam

crush joy

Rasanya kelmarin, dunia hiburan Korea hangat bercerita mengenai Crush yang dikatakan telah mendiskriminasikan peminat berkulit hitam ketika di sebuah festival baru-baru ini.

Meskipun memberi penjelasan bahawa dia hanya cuba berjaga-jaga kerana peminat di situ bertolak-tolak namun video yang dimuat naik dari pelbagai sisi berbeza menampakkan dengan jelas bahawa lelaki itu sepertinya mengelak dari memegang peminat berkulit hitam sahaja.

Tidak cukup di situ sahaja, para peminat turut menyerang ruangan komen Instagram Joy Red Velvet memandangkan idola itu merupakan kekasih Crush.

Menurut komen yang ditinggalkan, rata-rata peminat memintanya supaya meninggalkan lelaki tersebut untuk seseorang yang lebih baik.

joy crush

Kenapa nak marah Joy pulak…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInstagram
Loading...