Ikuti Kami:

“Dia Hi-Five Yang Lain Ok Je?” – Meski Beri Penjelasan, Crush Terus Dikritik Elak Pegang Peminat Berkulit Gelap

“Dia Hi-Five Yang Lain Ok Je?” – Meski Beri Penjelasan, Crush Terus Dikritik Elak Pegang Peminat Berkulit Gelap

Tak semena-mena Crush menjadi perbualan ramai dek satu insiden tak dijangka baru-baru ini.

Disebabkan seperti tak mahu memegang tangan peminat berkulit gelap dalam khalayak penonton ketika ‘FESTIVAL SOMEDAY PLEROMA 2022’, penyanyi solo itu dihentam ramai peminat antarabangsa.

Untuk pengetahuan, ada peminat berkulit gelap yang menyatakan bahawa penyanyi tersebut tidak mahu memegang tangan kerana mereka berkulit gelap namun berinteraksi dengan penonton lain berdekatan. Kongsi peminat itu di awalnya,

Dia memegang tangan kesemua penonton di tepi kami, hanya kami yang tidak diendahkan dan melangkau kami. Ini adalah diskriminasi.

Tidak mahu membiarkan isu itu berpanjangan, Crush telah memuat naik penjelasan panjang di Instagram,

Saya berharap tiada lagi salah faham berkenaan situasi yang berlaku semasa persembahan saya semalam.

Jelas Crush,

Pada ketika itu, saya mahu mendekati peminat dengan lebih rapat jadi saya menghampiri mereka yang berada di tempat duduk yang telah ditetapkan untuk memberikan ‘hi-five’. Dalam proses ini, peminat yang mahu mendekati mula berkerumun di hadapan pagar sehingga menjadi teruk.

Oleh kerana situasi menjadi semakin serius, penyanyi itu memberi gerak isyarat supaya peminat berhati-hati bagi sesetengah bahagian.

Sepertinya isyarat saya dianggap sebagai penolakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Crush (@crush9244)

Tambahnya,

Saya berasa sedih dan berat hati kerana menyangka niat untuk merapatkan hubungan bersama peminat disalah faham dan mengecewakan ramai. Saya akan lebih memberikan perhatian agar dapat mengelakkan salah faham berlaku pada masa hadapan.

Walaupun cuba menjelaskan situasi di pihaknya, namun rata-rata peminat tetap menebak Crush sengaja mengelak dari memegang tangan peminat berkulit hitam itu. Kritik mereka di ruangan komen,

Awak merapati peminat di sebelah mereka namun mengelak peminat yang berkulit hitam sebagai langkah berjaga-jaga. Merepek!

 

Awak menyentuh tangan semua orang, tak masuk akal langsung.

 

Mengarut penjelasan ini sedangkan awak menyapa semua orang di seliling mereka.

 

Kami dah tonton video itu, nampak sangat awak menipu.

Hmmm.. apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...