Suka Lelaki Lebih Muda, Sandara Park Pilih 2 Pelakon Ini Sebagai ‘Celebrity Crush’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Hampir mencecah usia 40 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang kisah cinta Dara 2NE1, kan?
BACA: Berat Badan 41kg Kini, Sandara Park Kongsi Rutin Makanan Sihat Harian
Pada 28 September, Sandara Park atau lebih dikenali sebagai Dara, telah muncul dalam episod 12 program “Ladies With No Appetite” yang dimuat naik di saluran YouTube ‘HeungManeul Studio’.
Dalam siaran tersebut, YouTuber Pungja yang hadir sebagai tetamu bertanya kepada Dara tentang ciri lelaki idamannya. Ahli 2NE1 itu menjawab,
Seseorang yang lebih muda daripada saya yang comel dan kuat.

Kemudian, Pungja bertanya siapakah selebriti di Korea Selatan yang disukai Sandara. Meskipun teragak-agak untuk menjawab pada awalnya, Sandara tetap mendedahkan,
Seseorang yang rapat dengan ciri lelaki idaman saya ialah Won Bin. Begitu juga dengan Jung Hae-in.
Tonton episod 12 program “Ladies With No Appetite” di atas!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




