Ikuti Kami:

Berat Badan 41kg Kini, Sandara Park Kongsi Rutin Makanan Sihat Harian

Berat Badan 41kg Kini, Sandara Park Kongsi Rutin Makanan Sihat Harian

Dara ahli 2NE1 memang terkenal dengan susuk tubuhnya yang kecil dan molek.

Terbaru pada 22 Mac, Dara telah menyiarkan beberapa gambar di Instagram Story miliknya, berserta kapsyen,

Saya mengemas banyak makanan hari ini, tetapi masa makan malam dengan Bong Sun unnie adalah paling sukar.

Dalam gambar yang dimuat naiknya, terbongkar juadah Dara untuk hari itu. Ianya termasuk dua pisang, dua telur rebus, dan satu keledek, dengan segala-galanya dibungkus dengan kemas dalam beg ziplock.

sandara park diet

Dara menjelaskan bahawa dia melakukan pelan diet bukan untuk menurunkan berat badan, tetapi untuk menambah otot dan menjadi lebih sihat. Dia memperjelas,

Ia bukan seperti seseorang menyuruh saya melakukannya, tetapi ia demi janji saya kepada diri saya sendiri! Saya membeli banyak baju ‘crop top’ yang cantik tahun lepas tetapi saya tidak pernah memakainya. Bukankah saya sepatutnya pakai tahun ini?!

Selain itu, Dara juga turut berkongsi foto semua makanan ringan yang ada di dalam keretanya tetapi kini, dia memutuskan untuk mempunyai pemakanan yang lebih sihat demi menjaga kesihatan diri. Dara mengejutkan semua orang apabila dia mendedahkan bahawa berat badannya hanya 38kg semasa dia membuat promosi dengan 2NE1, tetapi telah mengekalkan berat 41kg baru-baru ini.

sandara park 2ne1

Betul tu, kita kena kurus untuk sihat bukan untuk penampilan semata tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...