Ikuti Kami:

Tinggal Lagi 2 Episod, Lukisan Dalam Bilik Tidur Kim Jiwon Beri Petunjuk Ending ‘Queen Of Tears’?

Tinggal Lagi 2 Episod, Lukisan Dalam Bilik Tidur Kim Jiwon Beri Petunjuk Ending ‘Queen Of Tears’?

Tinggal lagi 2 episod, pasti ramai yang menginginkan pengakhiran bahagia untuk “Queen of Tears”.

Baru-baru ini, seorang pengkritik seni Jo Sang-in telah memberi penjelasan tentang karya seni yang dipaparkan dalam bilik tidur Hong Hae-in (Kim Ji-won), yang didakwa mempunyai banyak makna.

Khususnya dalam bilik Hong Hae-in, terdapat satu lukisan abstrak berhampiran dengan katilnya yang menggambarkan ending untuk drama tersebut. Katanya,

Lukisan itu kadangkala kelihatan jelas dan ada masa nampak kabur, hanya meninggalkan kesan dan imej dalam warna terang. Nampaknya, lukisan itu menggambarkan keadaan kesihatannya dengan jelas. Tetapi melihat daripada ton ceria dan terang yang digunakan dalam lukisan itu, saya merasakan drama itu mempunyai pengakhiran yang menggembirakan.

queen of tears

Tambah Jo Sang-in,

Pasukan produksi nampaknya secara halus menyampaikan siapa Hong Hae-in melalui karya seni ini. Mereka menunjukkan refleksi diri, cinta diri dan identiti yang kuat dan memberi bayangan bagaimana cerita itu akan berakhir.

Haa kalau nak tahu, kena la tonton “Queen of Tears” pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...