Impak ‘Queen Of Tears’, Nilai Aset Kim Jiwon Semakin Bertambah Cecah Hingga Berpuluh Juta
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Kalau cakap tentang pelakon paling popular kini, nama Kim Ji-won pastinya akan meniti di bibir ramai orang.
Meskipun sudah muncul dalam banyak drama popular seperti “Descendants of the Sun” dan “Fight for My Way”, drama “Queen of Tears” telah berjaya melonjakkan kerjaya Kim Ji-won.
Ini sekaligus telah meningkatkan lagi nilai bersih pelakon wanita itu dalam industri tambahan pula dengan pelbagai tawaran pengiklanan.
Sebelum “Queen of Tears”, Kim Ji-won dijangka mempunyai nilai bersih sekitar 5 juta USD (RM23,975,000) namun selepas muncul dalam drama itu, dia telah memperoleh tambahan sebanyak 2 juta USD (RM9,590,000).

Selain aktif dalam dunia lakonan, pelakon berusia 32 tahun itu turut bekerjasama dengan pelbagai jenama mewah seperti barang kemas Piaget, Bulgari, Burberry, Gucci, Adidas dan banyak lagi.
Baru-baru ini, Kim Ji-won juga telah menggantikan Han So-hee sebagai model baru untuk minuman alkohol Lotte, membuktikan popularitinya yang sedang meningkat naik kini.
Tahniah Kim Ji-won!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




