Ikuti Kami:

Tinggal Komen Berbaur Lucah Pada Suzy, Lelaki Berusia 40-an Disaman

Tinggal Komen Berbaur Lucah Pada Suzy, Lelaki Berusia 40-an Disaman

Kerana mulut, badan binasa.

Tebaru, Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa mahkamah rendah telah menfailkan saman sebanyak 500,000 won kepada lelaki berusia 40-an atas sebab mengeluarkan kata-kata kurang enak buat Suzy.

Pada 2015, lelaki itu dibicarakan di mahkamah rendah kerana menulis komen berbaur hinaan seperti ‘populariti yang dimanipulasi media’ dan ‘wanita hotel kebangsaan’ pada ruangan komen portal berita.

Dalam perbicaraan pertama, dia dijatuhkan hukuman sebanyak 1 juta won (RM3,543) namun dalam perbicaraan kedua, dia dibebaskan tanpa tuduhan dengan mengatakan bahawa selebriti adalah manusia yang menerima perhatian umum dan ianya tak sama dengan standard dengan bukan selebriti.

suzy

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tertinggi memulangkan semula kes tersebut kepada Pejabat Pandakwaan Daerah Seoul Utara dan mengatakan agak sukar untuk mengklasifikasikan tuduhan itu sebagai tak bersalah.

Dalam perbicaraan seterusnya, ayat ‘wanita hotel kebangsaan’ diakui sebagai hinaan dan lelaki itu diminta membayar hukuman sebanyak 500,000 won (RM1,771).

Ia merupakan salah satu frasa yang digunakan untuk memperalatkan mangsa secara seksual.

Siapa suruh mulut celupar sangat kan~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...