Ikuti Kami:

“Tepi Sikit” – Foto Lee Kwangsoo Di Antara Suzy & Cha Eunwoo Jadi Perdebatan Ramai Tapi Kenapa?

“Tepi Sikit” – Foto Lee Kwangsoo Di Antara Suzy & Cha Eunwoo Jadi Perdebatan Ramai Tapi Kenapa?

Umum dalam dunia hiburan Korea, pastinya ada perbandingan antara yang cantik dan yang tidak mencapai standard kecantikan.

Walau bagaimanapun, terdapat perbalahan berkaitan satu foto yang tular selepas acara ‘2023 Blue Dragon Series Awards’ tamat baru-baru ini. Dalam foto berkenaan, dapat dilihat Cha Eun-woo, Lee Kwang-soo dan Suzy memegang trofi kemenangan mereka.

Bagi yang tidak mengetahui, kedua-dua lelaki itu memenangi anugerah ‘TirTir Bintang Popular’ manakala Suzy pula berjaya meraih anugerah ‘Pelakon Drama Terbaik’.

lee kwangsoo suzy cha eunwoo

Rata-rata komen menekankan bahawa bekas ahli “Running Man” itu kelihatan janggal di antara dua idola berkenaan.

Cantiknya Suzy, kenapa Lee Kwang-soo nampak kelakar walaupun hanya berdiri sahaja?

 

Kenapa Kwang-soo di situ?

 

Maaf Kwang-soo, saya tak boleh lindungi awak.

 

Maaf Kwang-soo, boleh tak awak ke tepi sedikit.

 

Suzy dan Cha Eun-woo sepadan bersama.

Alaaa kalau banding bakat, Lee Kwang-soo memang selayaknya di situ kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...