Ikuti Kami:

“Awak Menang Anugerah Populariti Tau” – Wajah Terkejut Lee Kwangsoo Jadi Perhatian

“Awak Menang Anugerah Populariti Tau” – Wajah Terkejut Lee Kwangsoo Jadi Perhatian

Walaupun mula aktif sebagai pelakon namun Lee Kwang-soo nyata dikenali ramai kerana penglibatannya dalam pelbagai rancangan hiburan, bermula dari “Running Man”.

Disebabkan itu, lelaki tinggi lampai tersebut terus kekal relevan sehingga kini dengan berlakon dalam beberapa drama dan aktif dalam rancangan hiburan lain.

Terbaru, Lee Kwang-soo terbukti masih popular apabila berjaya menjadi salah seorang antara penerima anugerah ‘TirTir Popularity Awards’ di Anugerah Siri Blue Dragons Ke-2 bersama Cha Eun-woo ASTRO dan Jae-chan DKZ.

Walau bagaimanapun, reaksi lelaki itu ketika memenangi anugerah berkenaan tular di serata laman komuniti. Ini kerana Lee Kwang-soo nyata tidak sangka bahawa namanya akan dipanggil malah kelihatan terkesima semasa memberikan ucapan,

Terima kasih… anugerha TirTir.. eh anugerah populariti TirTir yang seperti dahulu kan? Saya tak sangka langsung.. oh? Terima kasih.

Usik hos,

Awak tahu kan awak menang anugerah apa? Ini anugerah populariti tau.

Respon Lee Kwang-soo,

Saya sangat berterima kasih kerana anugerah sehebat ini.

Dalam pada itu, Yoo Jae-suk dan Yuri Girls’ Generation dilihat turut menyokong lelaki itu di bahagian penonton.

Lee Kwang-soo terus popular tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...