Ikuti Kami:

Tinggal Kesan Mendalam, Moon Gayoung & Koo Kyohwan Dilapor Bakal Bintangi ‘Us & Them’ Versi Korea

Tinggal Kesan Mendalam, Moon Gayoung & Koo Kyohwan Dilapor Bakal Bintangi ‘Us & Them’ Versi Korea

Moon Ga-young dan Koo Kyo-hwan telah dipilih sebagai watak utama bagi filem adaptasi Cina.

Menurut laporan media pada 21 Disember, Moon Ga-young dan Koo Kyo-hwan dilapor akan menjadi watak utama dalam filem “Us and Them”.

“Us and Them” diadaptasikan dari filem Cina dengan tajuk yang sama, di mana ia mengisahkan tentang sepasang kekasih yang melalui perpisahan menyakitkan dan kemudiannya bertemu kembali selepas beberapa tahun.

Filem ini telah mendapat sambutan ramai, malah ianya juga terkenal kerana jalan ceritanya yang sedih serta dapat merangsang empati dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

us and them

Moon Ga-young yang terkenal dengan penglibatannya di beberapa buah drama terkenal, dikatakan bakal menunjukkan sisi baharu yang lebih matang di dalam filem ini.

Malah, melalui filem “Us and Them” juga, Moon Ga-young dijangka akan mendapat gelaran ‘ratu melodrama’ buat generasi yang akan datang.

Ada yang dah pernah tonton versi asal filem ini ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...