Ikuti Kami:

Tampil Berani, Moon Gayoung Tayang Badan Ramping Dengan Hanya Berpakaian Dalam

Tampil Berani, Moon Gayoung Tayang Badan Ramping Dengan Hanya Berpakaian Dalam

Moon Ga-young buat pertama kalinya telah mempamerkan fesyen berpakaian dalam.

Pada 18 Disember, Moon Ga-young telah menarik perhatian ramai selepas gambarnya yang hanya memakai pakaian dalam serta berseluar denim dikeluarkan oleh majalah fesyen Harper’s Bazaar.

Di mana, gambar yang diambil itu merupakan sebahagian daripada kolaborasi bersama jenama pakaian dalam terkenal iaitu Calvin Klein.

Hasil gambar yang kelihatan semula jadi itu seakan seperti sedang merakam momen terindah pelakon tersebut.

Malah, bentuk badan yang sempurna serta garis pinggang yang ramping milik Moon Ga-young juga kelihatan lebih menyerlah di dalam foto yang berwarna hitam dan putih itu.

moon gayoung harper's bazaar

Dalam masa yang sama, walaupun ini merupakan penggambaran pakaian dalam pertamanya, Moon Ga-young dikatakan tidak gementar.

Pelakon itu secara semula jadi telah menghidupkan suasana di set penggambaran tersebut dan menunjukkan sisi profesionalnya.

Moon Ga-young tak nak kongsi rahsia dapat badan macam tu ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...