“Saya Gementar..” – Insiden Gaun Jatuh Hingga Nampak Bra Tular, Ini Respon Ahn Eunjin
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Bukan mudah kan untuk kita kawal semua perkara, lebih-lebih lagi bila tengah gementar.
Begitu juga dengan Ahn Eun-jin yang baru-baru ini telah tampil di acara Blue Dragon Film Awards, dengan memakai gaun yang mendedahkan bahagian bahunya.
Khususnya ketika sesi bergambar di karpet merah, gaun wanita itu dilihat sedikit tergelincir ke bawah sehingga menampakkan bra yang dipakainya. Menerusi program “You Quiz on the Block”, Ahn Eun-jin berkongsi perasaannya mengenai situasi tersebut,
Hari itu sangat menakjubkan. Saya terlalu gementar untuk bergambar dan pakaian saya pada hari itu terjatuh sedikit. Ia memalukan untuk diperkatakan. Oleh kerana semua orang di sekeliling saya bimbang, saya ingin bercakap mengenainya. Saya malu, tetapi perkara seperti itu boleh berlaku dalam hidup. Selepas itu, saya bertentang mata dengan Hanni dan terus pulih.

Kemudian, mengenai minatnya kepada kumpulan NewJeans terutamanya Hanni, pelakon “My Dearest” itu berkata,
Saya menonton NewJeans secara peribadi. Bias saya ialah Hanni. Dia benar-benar merenung saya selama 5 saat. Saya tak tipu. Saya fikir jantung saya dah berhenti.
Comel je Ahn Eun-jin fangirling!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




