Ikuti Kami:

Tinggal 4 Episod, ‘The Good Bad Mother’ Lepasi Rating 10%

Tinggal 4 Episod, ‘The Good Bad Mother’ Lepasi Rating 10%

Rasanya ramai sekarang ini yang sedang mengikuti drama kekeluargaan iaitu “The Good Bad Mother” kan?

Menurut Nielsen Korea, drama JTBC ini mencapai rating 10.0% untuk episod ke-10 yang ditayangkan kelmarin. Bukan sahaja mencatat dua angka buat pertama kali, malah ia merupakan rekod terbaik diraihnya.

Dalam episod terbaru ini, penonton berdebar menyaksikan kebenaran masa lampau yang disorokkan oleh Kang-ho (Lee Do-hyun) semasa memutuskan hubungan bersama Mi-joo (Ahn Eun-jin). Malah wanita itu kini dilihat semakin kuat untuk menghadapi realiti dan berhadapan dengan lelaki berkenaan bagi mengakui bahawa si kembar itu merupakan anak hasil hubungan mereka dahulu.

jtbc the good bad mother

Bagi yang tidak mengetahui, “The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.

Best kan cerita ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...