Ikuti Kami:

Naik 2 Kali Ganda, ‘The Good Bad Mother’ Raih Rating Tertinggi

Naik 2 Kali Ganda, ‘The Good Bad Mother’ Raih Rating Tertinggi

Adakah “The Good Bad Mother” menjadi antara drama yang paling disukai ramai kini?

Menurut Nielsen Korea, drama JTBC itu telah mencapai rating tertinggi setakat ini untuk episod ke-6 dengan catatan 7.7%. Pencapaian ini nyata membanggakan kerana ia menaik lebih dua kali ganda berbanding episod pertamanya iaitu 3.5%.

Untuk episod kali ini, Kang-ho (Lee Do-hyun) bertemu semula dengan Mi-joo (Ahn Eun-jin) iaitu kekasih lamanya namun tidak mengenali betapa pentingnya wanita itu dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Pun begitu, hatinya meronta-ronta untuk mendekati Mi-joo walaupun tidak pasti apakah sebabnya.

the good bad mother

Kesedihan semakin menebal apabila Mi-joo meminta lelaki itu menjauhinya malah kian meruntun hati apabila Young-soon (Ra Mi-ran) disahkan menghidapi kanser dan perlu membesarkan Kang-ho dalam situasi yang tak diizinkan.

Bagi yang tidak mengetahui, “The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.

Apa agaknya akan jadi dalam episod akan datang..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...