Ikuti Kami:

Tinggal 2 Episod, Musim Kedua ‘Work Later, Drink Now’ Dalam Perancangan Kini

Tinggal 2 Episod, Musim Kedua ‘Work Later, Drink Now’ Dalam Perancangan Kini

Sejak dari awal tayangan, drama “Work Later, Drink Now” telah berjaya meraih perhatian ramai.

Membawa kisah tiga sahabat yang sentiasa mengharapkan alkohol selepas waktu kerja, julah pelanggan TVING menaik empat kali ganda selepas drama itu mula ditayangkan sejak Oktober lalu. Bahkan video ‘highlight’ yang dimuat naik di YouTube turut mencapai tontonan sebanyak 1.3 juta.

Disebablan menjadi bualan ramai, terdapat khabar angin yang berterbangan dalam industri lakonan Korea di mana musim keduanya sedang dalam perancangan kini. Malah Lee Sun-bin, Jung Eun-ji dan Han Sun-hwa menerima tawaran untuk kembali untuk musim terbaru ini dan mereka dikatakan sedang menelitinya dengan positif.

tving work later drink now

Respon wakil “Work Later, Drink Now”,

Kami sedang berbincang secara positif (kemungkinan musim kedua) dengan syarikat produksi.

Untuk pengetahuan, episod akhir drama ini akan ke udara pada 26 November ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...