Ikuti Kami:

Langganan TVING Menaik 178% Dek ‘Work Later, Drink Now’ Jadi Bualan Ramai

Langganan TVING Menaik 178% Dek ‘Work Later, Drink Now’ Jadi Bualan Ramai

TVING semakin rancak kini dengan kandungan dramanya, malah ianya lebih kurang sama kualiti dengan yang ditayangkan di televisyen.

Terbaru, sebuah drama “Work Later, Drink Now” mendapat perhatian ramai meskipun baru 6 episod ditayangkan.

Dalam episod terbaru ini, ia menampilkan kisah tiga sahabat tersebut iaitu Ahn So-hee (Lee Sun-bin), Han Ji-yeon (Han Sun-hwa) dan Kang Ji-ji (Jung Eun-ji) semasa mereka belajar di kolej dan ketika kesemuanya baru pertama kali menjejaki kehidupan dalam masyarakat. Oleh kerana plotnya yang realistik itu, para penonton dapat memahami kerisauan yang dialami mereka.

tving work later, drink now

Ternyata popular, langganan untuk laman penstriman itu meningkat 178% berbanding pada rekod minggu lalu selepas episod ke-5 dan ke-6 menyapa penonton.

Bukan itu sahaja, hubungan persahabatan yang akrab di antara mereka bertiga membuatkan ramai yang cemburu. Meskipun ada ketika mereka bercakaran dan mengluarkan kata-kata kesat, namun mereka jugalah orang yang pertama datang membantu sekiranya salah seorang mengalami kesusahan.

Siapa yang layan drama ini? Menghiburkan betul~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...