Ikuti Kami:

Tindakan Drastik Goo Hara Kerana Penderaan Fizikal & Mental, Keluarga Minta Perbicaraan Adil Ke Atas Bekas Kekasih

Tindakan Drastik Goo Hara Kerana Penderaan Fizikal & Mental, Keluarga Minta Perbicaraan Adil Ke Atas Bekas Kekasih

Rasanya ramai yang mengetahui bahawa mendiang Goo Hara mengalami kehidupan yang sukar sepanjang 28 tahun hayatnya. Bukan sahaja ditinggalkan oleh ibunya semasa kecil malahan kekasih yang sepatutnya menjadi pelindung telah melakukan keganasan ke atasnya selain mengugut untuk menyebarkan video rakaman seksual mereka kepada orang ramai. Jahat!

Disebabkan oleh perbuatan jenayahnya itu, Choi Jongbum telah dibawa ke muka pengadilan pada tahun lepas atas beberapa pertuduhan merangkumi menyebabkan kecederaan, peras ugut, keganasan seksual (merakam video tanpa kebenaran) dan merosakkan harta benda.

choi jongbum bekas kekasih goo hara

Walaubagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan adalah sangat ringan dan tak padan langsung dengan kesalahannya dan juga sepertinya nasib malang Goo Hara langsung tidak dibela. Choi Jongbum hanya dikenakan hukuman penjara selama 1 tahun 6 bulan dengan tempoh percubaan selama 3 tahun (di mana dia hanya akan dipenjarakan sekiranya melakukan kesalahan lain dalam tempoh percubaan tersebut). Lelaki itu juga dikatakan akan melalui perbicaraan bagi mendengar rayuannya pada 21 Mei.

Selepas mendengarkan berita mengenai perbicaraan ini, ramai yang telah bertanyakan abang Goo Hara iaitu Goo Hoin tentang perihal tersebut. Dia menegaskan bahawa hukuman yang lebih berat sepatutnya dijatuhkan kepada lelaki itu kerana menganiaya adiknya.

Goo Hoin menjelaskan bahawa keluarga dan kenalan rapat Goo Hara berasa sangat marah dengan perlakuan Choi Jongbum sebelum dan selepas perbicaraan yang pertama. Bayangkan selepas dikenakan hukuman yang ringan, lelaki itu tanpa segan telah membuka salon rambut baru dan menghebahkannya di serata media sosial. Sepertinya dia tidak kesal langsung dengan perbuatan jahatnya terhadap bekas kekasihnya.

abang goo hara

Abang Hara juga meminta mahkamah mengenakan hukuman yang berat memandangkan lelaki itu adalah antara punca utama yang membuatkan Goo Hara sanggup menamatkan riwayatnya sendiri.

Sehingga sekarang, kami masih tidak mengerti macam mana dia boleh terlepas daripada kesalahan merakam secara sembunyi semasa perbicaraan pertama. Dan bagaimana di boleh kembali ke dalam masyarakat selepas hanya dikenakan tempoh percubaan meskipun mengakui bahawa mangsa akan mengalami masalah psikologi yang ekstrem kerana serangan dan ugutan tersebut.

Bukan sahaja abang Goo Hara bahkan orang ramai sendiri telah mempersoalkan hukuman ringan yang dijatuhkan kepada Choi Jongbum walaupun melakukan kesalahan yang teruk. Sehinggakan Goo Hara sendiri sanggup mengambil tindakan drastik bagi menghentikan kesengsaraan yang dialaminya.

Semoga Choi Jongbum dijatuhkan hukuman yang berat!

Sumber: Yonhap News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...