Ikuti Kami:

Dera Fizikal & Mental Goo Hara, Netizen Mahu Bekas Teman Lelakinya Diberikan Hukuman Setimpal

Dera Fizikal & Mental Goo Hara, Netizen Mahu Bekas Teman Lelakinya Diberikan Hukuman Setimpal

Pasti semua terkejut kerana tidak sampai sebulan selepas pemergian Sulli, salah seorang daripada rakan baiknya iaitu Goo Hara daripada kumpulan KARA turut dilaporkan meninggal dunia di rumahnya kelmarin. Berita ini nyata memberi impak kepada peminat yang sudah mula meminati K-Pop sejak tahun 2007 kerana mereka membesar dengan melihat persembahan gadis-gadis ini.

Kalau anda nak tahu, Goo Hara merupakan antara artis K-Pop yang mendapat perhatian umum kerana wajahnya yang comel serta keletahnya yang lucu apabila menyertai mana-mana rancangan hiburan. Walaupun disayangi ramai, gadis berusia 28 tahun ini tetap tidak terlepas daripada menjadi buah mulut orang yang dengki apabila dia sering dituduh kerap melakukan pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya.

goo hara

Diserang teman lelaki

Semakin parah apabila pada awal tahun ini, Goo Hara telah didedahkan menerima penderaan fizikal dan mental daripada teman lelakinya iaitu seorang pendandan rambut bernama Choi Jongbum. Lelaki itu dikatakan telah menyerang gadis itu ketika dia sedang tidur di kediaman rumahnya. Tidak mendiamkan diri, selebriti itu telah menyerang kembali pendandan rambut itu untuk mempertahankan dirinya daripada terus menjadi serangan teman lelakinya.

kecederaan goo hara

Disebabkan oleh reaksi Goo Hara, wajah Choi Jongbum menerima beberapa cakaran sehingga meninggalkan parut. Marah dengan situasi itu, lelaki durjana tersebut mengugut akan menyebarkan video seks mereka di laman komuniti dan menyatakan bahawa ia bakal memusnahkan karier seni gadis itu.

kecederaan choi jongbum

Lebih menyedihkan apabila tular sebuah rakaman CCTV di dalam lif di kediaman Goo Hara di mana gadis itu kelihatan telah melutut dan meminta lelaki itu supaya tidak menyebarkan video peribadi tersebut. Namun, Choi Jongbum tidak mengendahkan rayuan itu dan lebih fokus membelek parutnya di cermin di dalam lif tersebut.

goo hara merayu choi jongbum

Choi Jongbum hanya terima hukuman ringan

Walaupun semua bukti telah dikemukan di mahkamah, hakim memutuskan bahawa Choi Jongbum hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun setengah dengan 3 tahun tempoh percubaan. Bermakna, lelaki itu hanya akan dipenjarakan sekiranya dia mencetuskan sebarang masalah dalam tempoh percubaan itu. Alasan hakim pada ketika itu iaitu Oh Deoksik ialah lelaki itu tiada niat untuk menyakiti Goo Hara dan video seks itu bukanlah dirakam secara paksa selain rakaman tersebut tidak dikongsikan dengan orang ramai.

goo hara dan teman lelakinya di mahkamah

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Goo Hara cuba untuk membunuh diri. Sebelum ini, gadis itu pernah mencuba untuk mengambil nyawanya sendiri tetapi berjaya diselamatkan oleh pengurusnya pada Mei lepas. Selebriti wanita itu juga menunjukkan perubahan yang positif selepas insiden itu tetapi berita kematiannya kelmarin ternyata memberi kejutan kepada semua orang.

Netizen mahu Choi Jongbum dihukum seadilnya

Selepas berita menyedihkan itu, seorang wartawan Bloomberg yang menulis berita Korea telah memuat naik sebuah entri di laman Twitternya mengenai kes gangguan dan ugutan teman lelaki Goo Hara. Menurutnya, hashtag #Punish_Choi_Jong_Bum telah berada pada carian paling atas di portal carian di Korea. Ini kerana, ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang melepaskan lelaki itu bebas walaupun dia telah menyerang dan mengugut Goo Hara.

orang ramai mahu choi jongbum dihukum

Tambah wartawan ini lagi, selebriti wanita di Korea menghadapi kesukaran untuk melaporkan sebarang jenayah seksual kerana tiada seorang pun akan berpihak kepada mereka termasuklah sistem perundangan, pihak polis dan orang awam.

choi jongbum

Bagi mereka, Choi Jongbum merupakan antara sebab kepada kematian Goo Hara dan mereka mahukan hukuman yang setimpal dijatuhkan kepadanya. Lagi pula, lelaki ini nampak bersenang-lenang walaupun menghadapi tuduhan berat sehingga dia boleh membuka salon baru seperti tiada apa-apa masalah.

Sumber: Mirror, Hype.my, Allkpop, Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...