Selepas muncul bersama dalam program KBS2 “Synchro You”, hubungan antara Hoshi SEVENTEEN dan Karina aespa nampaknya makin akrab kini.
Baru-baru ini, Hoshi telah memuat naik fotonya ketika di New York, bersama papan iklan yang memaparkan wajah Karina di belakangnya. Tulis lelaki itu,
Seronok berjumpa dengan awak di New York, adik saya.
Meskipun ramai yang teruja melihat persahabatan antara mereka namun, ada juga segelintir netizen yang mengkritik Hoshi kerana sengaja mempamerkan hubungan rapatnya bersama Karina, tambahan pula dengan apa yang sedang berlaku pada HYBE sekarang.
Hoshi of SEVENTEEN beautifully poses with aespa’s Karina billboard in New York City:
– “Nice to see you in new york my dongsaeng” pic.twitter.com/Wl7RU3JGK5
— About Music (@AboutMusicYT) October 30, 2024
Antara komen yang ditulis,
- Sengaja ke nak tunjuk rapat dengan Karina..
- Salah timing la..terutama sekali dengan kes HYBE sekarang ni.
- Geli pula dengar ‘adik’ tu.
Untuk pengetahuan, HYBE telah teruk dikritik kini kerana laporan dalaman mereka didapati mengandungi komen negatif tentang banyak kumpulan termasuklah aespa.
Dengan Hoshi yang juga bernaung di bawah syarikat itu, ada yang berpendapat bahawa ianya bukanlah waktu yang sesuai untuk menayang persahabatannya dengan Karina.