Tidak semena-mena, Lee Min-ho terpalit dengan khabar angin percintaan bersama seorang pewaris chaebol.
Baru-baru ini, banyak bukti tersebar di media sosial, menunjukkan bahawa Lee Min-ho sedang menjalinkan hubungan dengan Joanna Chun, iaitu anak perempuan kepada pengerusi Paradise Group.
Khususnya pada tahun ini, Lee Min-ho dilihat kerap pergi ke Jepun dan menginap di Edisonhotels, walaupun tiada jadual kerja di sana. Begitu juga dengan Joanna Chun yang sering melancong ke sana dan turut menginap di hotel yang sama.
Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka juga sering menghadiri parti yang sama, termasuklah pesta tahun baru yang dianjurkan oleh G-Dragon pada awal tahun ini.
Disebabkan tiada bukti yang kukuh mahupun respon dari agensi, ramai percaya bahawa mereka mungkin hanya mempunyai ramai kawan dari kumpulan yang sama.