Ikuti Kami:

Timbul Kerisauan, Peminat Obsesif Ceroboh Masuk Hotel Penginapan Jaehyun NCT

Timbul Kerisauan, Peminat Obsesif Ceroboh Masuk Hotel Penginapan Jaehyun NCT

Kadang kala, ada peminat yang melebihi batasan dan tak tahu menghormati privasi idola kesayangan mereka.

Bukan sekali dua, kumpulan NCT sekali lagi ‘diserang’ peminat obsesif apabila beberapa video tular di serata media sosial baru-baru ini. Dari entri di Twitter itu, peminat berkenaan dilihat menceroboh masuk ke dalam hotel penginapan kumpulan itu ketika di Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, peminat berkenaan turut berjaya menangkap gambar bagasi milik NCT yang tersusun rapi di hotel berkenaan. Bahkan baju tidur yang dipakai oleh Jae-hyun seperti dilihat dalam video siaran langsung mereka sebelum ini turut dapat dilihat di atas katil di dalam video peminat itu.

Melihatkan tindakan tidak bertanggungjawab peminat obsesif berkenaan, peminat lain meluahkan rasa kesal kerana tindakan itu pastinya akan membuatkan ahli NCT tak selesa dan berasa tidak selamat walaupun berada dalam bilik hotel sendiri.

Malah kata peminat itu, mereka diberikan kunci untuk memasuki bilik berkenaan lantas tak menganggap ia sebagai ‘menceroboh’.

Khabarnya, peminat tersebut juga pernah dikecam sebelum ini keranan mengikuti NCT ketika jadual peribadi mereka. Walaupun sudah melaporkan hal itu kepada SM Entertainment, namun sepertinya tiada tindakan rasmi yang dilakukan lagi oleh agensi tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...