Nampaknya, tindakan baik Jaehyun ini telah menjadi perhatian ramai!
Terbaru, salah seorang ahli dari kumpulan NCT127 iaitu Jaehyun, baru sahaja pulang ke Korea selepas menghadiri pertunjukan fesyen Prada di Milan.
Kepulangan bintang idola itu telah meraih perhatian netizen apabila Jaehyun dilihat menolong kakitangannya mengangkat bagasi di lapangan terbang dan membawanya turun.
Disebabkan itu, ramai yang memuji Jaehyun kerana baik hati menolong orang lain. Antara komen yang positif ditinggalkan di Twitter adalah,
Jaehyun adalah raja act of service.
Dan sekali lagi, saya sekali lagi jatuh cinta dengan lelaki ini. Jaehyun, kenapa awak buat saya macam ni?
Jaehyun seorang yang budiman.
Jaehyun comel sangat!
Jatuh cinta betul lah!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉