Utama Tempatan “Dia Pandang Awak Je” – Peminat Malaysia Cemburu Lihat Interaksi Angel DOLLA...

“Dia Pandang Awak Je” – Peminat Malaysia Cemburu Lihat Interaksi Angel DOLLA Dengan NCT Dream

angel dolla nct dream

Siapa sahaja yang tak mengimpikan interaksi indah bersama idola kegemaran kan?

Sama seperti Angel iaitu ahli DOLLA apabila dia berjaya merakam momen bermakna semasa menghadiri konsert NCT Dream iaitu ‘The Dream Show 2: In A Dream’ di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru baru ini.

Menerusi TikTok miliknya, gadis berusia 22 tahun itu telah memuat naik video trend ‘Boys at school never look at me but they did..’ dan menyunting momen di mana beberapa ahli NCT seperti Jisung, Haechan, Mark Lee dan Jaemin membuat kontak mata dengannya.

@bbyqngels 7dream put on such a fun show last night! #fyp #tds2inkl #thedreamshow2 #nctdream #angeldolla #jisung #mark #haechan #jaemin #jeno #renjun #chenle #xyzbca #nctdreaminmalaysia ♬ original sound – ✧ angel *:・゚✧

Luah peminat di ruangan komen,

Saya rasa Jisung suka awak.

 

Jisung mesti pandang awak.

 

Jisung ingat awak lah.

 

Entah-entah dorang kenal awak Angel dari DOLLA.

 

Untungnya Mark perasan awak.

 

Awak nampak macam Jennie.

Terdahulu, Angel turut pernah berkongsi momen bersama Jisung NCT semasa mereka menjadi antara artis yang membuat persembahan ketika ‘Seen Festival 2023’ awal tahun lalu.

@bbyqngels jisung stop staring i’m shy haha just kidding IT WAS A FUN NIGHT! #seenfestivalinkl2023 #seenfestival #nctdream #jisung #boysatschoolneverlookedatme #dolla #syalina ♬ original sound – ✧ angel *:・゚✧

Untunglahh..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Loading...