Ikuti Kami:

Hanya Kerana Gaya Rambut Serupa, Syasya DOLLA Dedah Pernah Diugut Bunuh Peminat Lisa BLACKPINK

Hanya Kerana Gaya Rambut Serupa, Syasya DOLLA Dedah Pernah Diugut Bunuh Peminat Lisa BLACKPINK

Kumpulan DOLLA memang tidak pernah berehat daripada tuduhan meniru BLACKPINK sejak daripada awal kemunculan mereka lagi.

Walaubagaimanapun, ianya sedikit melampau apabila ada peminat kumpulan K-Pop tersebut yang mengugut ahli kumpulan DOLLA, Syasya hanya kerana memiliki gaya rambut seakan Lisa BLACKPINK.

syasya dolla

Disebabkan oleh pelbagai komen yang tidak dipinta, gadis dengan nama penuh Noorsyasya Aqah Sharizal memilih untuk menutup bunyi notifikasi di laman media sosial sekaligus menjaga kesihatan mentalnya.

Hanya disebabkan rambut saya ada bangs, ramai samakan saya dengan Lisa. Bila ramai samakan macam itu, peminat Blackpink tak suka sampaikan ada satu ketika saya pernah terima ugutan bunuh.

Bukan biasa ugutan yang diterima, sampaikan menghantar gambar yang sangat grafik.

Dia hantar gambar pisau dengan darah serta macam-macam lagi hate comments sehingga menyebabkan saya jadi murung pada ketika itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Bagi mengekang masalah berkenaan, Syasya turut meminta nasihat daripada ibu bapa dan syarikat pengurusan. Lantas gadis berusia 20 tahun ini memutuskan untuk tidak lagi menghiraukan komen-komen negatif berkenaan.

Memang banyak hate comments yang saya dapat tapi lama-lama saya dah jadi biasa. Kalau lagi kita melayan, lagi teruk jadinya. Mereka lagi suka kalau kita stres.

Kenapalah ugut sampai macam itu sekali! Tsk tsk…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...