Ikuti Kami:

Timbul Keraguan, Netizen Perasan Banyak Lebam Pada Seluruh Badan Han Sohee

Timbul Keraguan, Netizen Perasan Banyak Lebam Pada Seluruh Badan Han Sohee

Tak semena-mena, timbul berita kurang senang mengenai Han So-hee.

Baru-baru ini, media China iaitu Sohu melaporkan bahawa ramai yang curiga dengan pelbagai lebam yang dapat dilihat pada badan pelakon wanita popular itu.

Netizen China sebelum ini mengira penampakan lebam pada beberapa bahagian tubuh Han So-hee dan agensinya menjelaskan bahawa kecederaan ini berlaku semasa penggambaran drama.

han sohee

Laporan tersebut menunjukkan bahawa lebam ditemui di lutut, leher, lengan, dan bahkan di dadanya. Lebam di dadanya ditutupi dengan ikon bunga. Malah media berkenaan turut menebak bahawa Han So-hee mungkin didera. Eh?

Pihak media tersebut turut menekankan mengenai entri pelik Han So-hee di media sosial di mana dia menyajikan foto lukisan bergenre ganas beremosi. Satu karya seni yang mencolok menggambarkan seorang lelaki yang kelihatan aneh dengan tahi lalat di sisi hidungnya, diletakkan di latar belakang yang dicat dengan warna merah yang cerah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Walau bagaimanapun, ini hanyalah spekulasi rawak berdasarkan gambar-gambar Han So-hee dan tiada bukti yang kukuh bagi mengesahkan dakwaan tak berasas berkenaan. Malah sebenarnya, artikel berkenaan sebenarnya sudah lama dimuat naik dan kembali tular tanpa sebab sahih.

Buat terkejut je…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...