Ikuti Kami:

“Saya Buat Kerana Duit” – Han Sohee Akui Tak Mahu Buang Tatu Di Badan

“Saya Buat Kerana Duit” – Han Sohee Akui Tak Mahu Buang Tatu Di Badan

Sepertinya Han So-hee perlu melepaskan beberapa perkara dalam hidupnya bagi menjadi pelakon.

Dalam sebuah temubual istimewa bagi mempromosikan “Gyeongseong Creature”, pelakon wanita itu sempat bercerita mengenai hal peribadinya,

Saya memadam tatu dan memulakan lakonan. Sebab saya ada kehidupan sendiri, jadi saya tidak mahu memadamnya. Saya hanya lakukannya kerana wang.

Bagi yang tidak mengetahui, Han So-hee memulakan karier lakonan menerusi drama “Reunited Worlds” pada 2017 dan foto lamanya dengan cacahan tatu telah tular di serata internet selepas dia mengecapi populariti.

han sohee

Katanya, permulaan berlakon merupakan sesuatu lompatan berani baginya. Han So-hee mengakui pada awalnya dia tidak mahu belajar atau menyertainya kerana ia bukanlah kepakarannya,

Kalau saya tak lakukannya dengan baik, saya mungkin akan memusnahkan kerja keras orang lain yang sudah lama mencuba untuk posisi ini.

Bagi perkara yang paling terdesak dilakukannya,

Tindik. Saya sudah mahu lakukannya sejak dua tahun lalu. Saya berfikir, ‘Saya hanya boleh lakukan selepas kerja selesai’.

Best kan vibe Han So-hee?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...