Ikuti Kami:

Tiket Laris Terjual, Temui iKON Pada Julai Ini Di Kuala Lumpur Dengan Harga Dari RM388

Tiket Laris Terjual, Temui iKON Pada Julai Ini Di Kuala Lumpur Dengan Harga Dari RM388

Selepas 5 tahun, iKON akan kembali menemui peminat di Malaysia!

Untuk pengetahuan, iKON akan mengadakan konsert jelajah dunia di Kuala Lumpur pada 22 Julai 2023 ini di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), bagi mempromosikan album baru mereka “Take Off”.

Terbaru pada 23 Jun, sidang media untuk “2023 iKON World Tour Take Off in Kuala Lumpur” telah diadakan, di mana Tan Sri Jojo, iaitu pengasas untuk penganjur konsert tersebut Jojo Events, menyatakan rasa terima kasihnya kerana Malaysia dipilih sebagai salah satu negara yang akan dilawati kumpulan 6 ahli itu.

Khususnya, terdapat cadangan dari peminat untuk menukar lokasi konsert dari MIECC kepada Axiata Arena atau Melawati  Stadium. Bagaimanapun, wakil dari penganjur menjelaskan bahawa kedua-dua tempat tersebut telah ditempah untuk acara lain pada tarikh itu dan memilih MIECC sebagai tempat terbaik selepas Axiata Arena.

Tambahan, mereka juga akan menyediakan pelbagai kemudahan kepada peminat yang hadir seperti tempat parkir kereta yang luas, trak makanan, mudah diakses, surau dan banyak lagi. Dengan kapasiti sebanyak 9,000 orang, pihak konsert telah menjajikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk iKONIC.

Jangan lepaskan peluang kerana tiket sedang dijual pantas, dengan 2 kategori tempat duduk telah habis dijual, 10% masih tersedia untuk zon lain dan hanya 30% masih tinggal untuk zon berdiri.

Layari laman www.ticket2u.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai harga tiket dan faedah yang korang akan dapat!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...