Kontrak telah pun tamat, semua ahli iKON nampaknya sudah memutuskan untuk meninggalkan agensi YG Entertainment.
Pada 30 Disember, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kesemua enam ahli iKON akan meninggalkan agensi itu, susulan tamatnya kontrak mereka.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh agensi:
Helo, ini YG Entertainment.
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa selepas perbincangan yang panjang dengan ahli iKON iaitu Jin-hwan, Bobby, Yun-hyeong, Jun-hoe, DK, dan Chan-woo tentang aktiviti masa depan mereka, kami bersetuju untuk menamatkan kontrak eksklusif selepas tamatnya tempoh kontrak mereka.
Kami amat berterima kasih kepada iKON, yang telah bersama kami sebagai salah seorang artis agensi kami sehingga kini. Kami menantikan aktiviti masa depan mereka dalam pelbagai bidang, dan kami akan menyokong mereka.
Selain itu, kami juga berterima kasih kepada iKONIC (peminat iKON) yang bersama-sama dengan kami untuk perjalanan iKON. Kami meminta anda untuk terus memberikan minat dan galakan anda yang tidak berubah kepada ahli semasa mereka bersedia untuk permulaan baharu.
Untuk pengetahuan, iKON debut di bawah YG Entertainment dengan tujuh ahli pada tahun 2015 dan B.I telah meninggalkan kumpulan dan agensi pada 2019.
Selamat maju jaya iKON!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.