Ikuti Kami:

Taeyang Sertai The Black Label & Daesung Keluar Dari YG Entertainment, Apa Jadi Pada BIGBANG?

Taeyang Sertai The Black Label & Daesung Keluar Dari YG Entertainment, Apa Jadi Pada BIGBANG?

Nampaknya, ramai ahli BIGBANG yang telah memutuskan untuk tidak lagi diuruskan oleh agensi YG Entertainment.

Terbaru, The Black Label mengumumkan bahawa Taeyang telah pun bernaung di bawah agensi mereka kini:

Selepas bekerjasama sebagai penerbit dan artis untuk jangka masa yang lama, Penerbit Teddy dan artis Taeyang memulakan permulaan baharu di The Black Label berdasarkan kepercayaan muzik mereka antara satu sama lain.

The Black Label akan memberikan sokongan penuh kepada Taeyang untuk menjalankan pelbagai aktiviti muzik dengan lebih aktif.

Untuk pengetahuan, The Black Label merupakan syarikat bersekutu kepada YG Entertainment dan juga agensi buat penyanyi Jeon So-mi.

bigbang

Selain itu pada hari yang sama, YG Entertainment turut mengumumkan bahawa ahli BIGBANG yang lain iaitu Daesung, telah memutuskan untuk menamatkan kontraknya dengan agensi tersebut.

Kemudian, agensi turut menekankan bahawa Taeyang dan Daesung masih kekal sebagai ahli BIGBANG dan akan meneruskan aktiviti kumpulan seperti biasa.

Dalam pada itu, kontrak G-Dragon bersama YG Entertainment masih dalam perbincangan setakat ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...