Ikuti Kami:

Tidak Tahan Bunyi Tangisan, Lelaki Ini Dera & Rogol Bayi 20 Bulan Sehingga Mati

Tidak Tahan Bunyi Tangisan, Lelaki Ini Dera & Rogol Bayi 20 Bulan Sehingga Mati

Kejadian ini berlaku di daerah Daejeon.

Kemarahan orang ramai telah memuncak di Korea Selatan berhubung seorang lelaki yang didakwa mendera dan membunuh seorang bayi perempuan pada bulan Jun 2021.

Kronologi

Suspek merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun dan didedahkan oleh pihak polis sebagai Yang. Dia telah didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual dan mendera bayi perempuan yang berusia 20 bulan, hingga mati di rumahnya di Daejeon pada 15 Jun 2021.

Pada lewat tengah malam pada hari itu, Yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk. Dia didakwa menutup bayi perempuan itu dengan kain pelikat dan menumbuk serta lebih kejam memijaknya, kerana dia tidak berhenti menangis.

rogol bayi berusia 20 bulan

Didapati dia meneruskan serangan itu selama kira-kira sejam termasuk memulas dan menarik kaki bayi perempuan itu hingga patah dan membaling badan mangsa ke dinding. Perlakuannya telah menyebabkan bayi 20 bulan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Yang dan isterinya (Jeong) menyembunyikan mayat mangsa dalam kotak ais di bilik mandi mereka. Menurut pihak pendakwaan, dia juga dituduh atas kesalahan merogol mangsa sebelum penderaan.

Suspek

Semasa siasatan, lelaki itu telah memberitahu polis bahawa dia adalah bapa kandung bayi itu, tetapi ujian DNA mendedahkan dia bukanlah bapa sebenar. Namun, isterinya disahkan sebagai ibu kandung bayi tersebut.

Sebelum kejadian, Yang telah tinggal bersama Jeong dan anak perempuannya sejak dibebaskan dari penjara kerana terlibat dengan pelbagai kes penipuan. Jeong juga didedahkan seolah-olah berada di bawah kawalan Yang, dan berada dalam ketakutan melampau akibat serangan fizikal serta ugutan berterusan daripadanya.

rogol bayi berusia 20 bulan

Apa yang lagi menyedihkan buat Jeong, dia dipaksa untuk duduk di bilik lain atas arahan Yang, sementara lelaki itu melakukan jenayah terbabit. Jadi, Jeong tidak boleh menolong bayinya yang tengah sengsara dipukul oleh lelaki tidak berperikemanusian itu.

Susulan laporan berita mengenai kes itu, tuntutan untuk hukuman berat terhadap Yang telah tersebar dalam talian. Ada petisyen yang menggesa pendedahan identiti Yang mendapat sokongan lebih 88,000 orang. Serta, ada yang merancang dalam talian untuk mengadakan satu perhimpunan khas yang menggesa Mahkamah Daerah Daejeon menjatuhkan hukuman mati kepada Yang.

Namun, pada awalnya identiti penuh Yang tidak dapat didedahkan kerana mengikut undang-undang Korea, ada beberapa syarat dilaporkan tidak menepati garis panduan pendedahan identiti polis. Hal ini kerana, suspek menafikan beberapa pertuduhan semasa siasatan.

Hukuman

rogol bayi berusia 20 bulan

Dia bagaimanapun mengakui semua jenayahnya semasa perbicaraan mahkamah pertamanya. Dalam perbicaraan kedua, pihak pendakwaan menuntut hukuman mati untuk Yang dan penjara lima tahun untuk Jeong. Namun, Yang hanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Jeong dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Yang diperintahkan untuk menyelesaikan program rawatan penderaan kanak-kanak selama 200 jam, dan diarah memakai peranti pengesan lokasi elektronik selama 20 tahun. Jeong juga diarahkan untuk menyelesaikan program rawatan penderaan kanak-kanak selama 40 jam.

Kesian nyawa yang tak bersalah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...