Ikuti Kami:

Disangka Sudah Mati, Lelaki Ini Buang Teman Wanita Dalam Tong Arak Milik Bapanya

Disangka Sudah Mati, Lelaki Ini Buang Teman Wanita Dalam Tong Arak Milik Bapanya

Lagi kisah mengenai kes jenayah di Korea Selatan.

Siapa sangka hidup yang serba indah akan bertukar menjadi gelap dalam sekelip mata.

Kronologi

Kes jenayah ini berlaku pada 8 April 1978 di Gunsan di sebuah kilang arak popular, Baekhwa. Kang merupakan anak kepada presiden syarikat, yang juga memegang jawatan tertinggi di kilang itu. Pada tahun itu, Kang mempunyai teman wanita dikenali sebagai Kim. Mereka berdua berumur 18 tahun pada tahun yang sama.

Ianya bermula apabila mayat Kim dijumpai di dalam tong arak di kilang terbabit. Seorang pekerja di kilang itu mendapati ada perkara aneh telah terjadi, menyebabkan kualiti air arak tidak seperti sepatutnya. Berita penemuan mayat ini tersebar luas dengan cepat kerana Kilang Penyulingan Baekhwa merupakan antara pengedar arak yang sangat popular.

pembunuhan di kilang arak baekhwa

Apabila orang ramai sudah mengetahui kes ini, mereka mula ragu-ragu dengan arak yang diminum sebelumnya. Ramai takut dan risau mereka telah minum arak bercampur mayat manusia. Tambahan, mayat Kim dijumpai di dalam tong arak itu sebulan selepas kejadian dipercayai berlaku.

Apa yang terjadi? 

Kim ialah seorang remaja yang berlatar belakangkan keluar miskin. Oleh sebab itu, keluarga Kim sangat mengalu-alukan kedatangan Kang ke dalam hidup anaknya. Hal ini kerana, Kang merupakan anak orang kaya, jadi mereka cuba untuk menggunakan Kang untuk keluar daripada kehidupan serba kekurangan.

pembunuhan di kilang arak baekhwa

Kang pula sudi menerima Kim kerana dia ialah perempuan tercantik di daerah itu. Kim juga dikatakan menjadi kegilaan ramai lelaki dan telah dilamar oleh ramai orang. Selain itu, ada juga yang menyebarkan berita bahawa Kim menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki dan melakukan hubungan seksual. Mendengari khabar ini, pada 8 April 1978 Kang membawa Kim ke kilang arak milik bapanya dan menanyakan beberapa soalan tentang khabar angin itu.

pembunuhan di kilang arak baekhwa

Kim menafikan bahawa dia melakukan perkara terkutuk itu. Kim ditelanjangkan oleh Kang untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Malang menimpa Kim, dia terkena kekejangan otot kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Oleh disebabkan itu, Kim pengsan dan tidak sedarkan diri. Disangka Kim sudah meninggal dunia, Kang menjadi sangat panik. Tanpa berfikir panjang, Kang membuang mayatnya ke dalam tong arak.

Hukuman

Pada mulanya, Kang dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun, seterusnya diringankan menjadi 5 tahun. Namun, selepas perbicaraan kedua, hukuman penjara dikurangkan lagi menjadi 3 tahun. Penjelasan dari pihak mahkamah agak mengarut kerana mereka mengatakan Kang tidak ada niat untuk membunuh.

Dia hanya ingin menyorok mayat mangsa selepas mengesyaki Kim telah meninggal dunia. Masyarakat sangat marah dan merasakan hukuman ini tidak adil buat mangsa. Oleh kerana dia anak orang ternama dan kaya, hukuman berat tidak dikenakan kepadanya.

pembunuhan di kilang arak baekhwa

Reputasi syarikat arak itu telah menjadi buruk dan jualan juga berkurangan. Ada satu majalah harian telah mengeluarkan satu tulisan penuh tentang kejadian ini dan ada sumber mengatakan, ahli Kilang Penyulingan Baekhwa telah membeli semua salinan majalah ini dan menghapuskannya.

Harap ada pengajaran untuk orang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...