Ikuti Kami:

Pelajar Sekolah Di Korea Lakukan Serangan Seksual Terhadap Wanita Berumur 40-an

Pelajar Sekolah Di Korea Lakukan Serangan Seksual Terhadap Wanita Berumur 40-an

Kejadian ini berlaku berhampiran di sebuah sekolah di daerah Nonsan, pada 3 Oktober 2023.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun  telah menculik dan menyerang wanita pertengahan umur secara seksual.

Kronologi

Pada 3 Oktober 2023, seorang lelaki yang dikenali sebagai Yoon, mendekati seorang wanita dalam lingkungan 40-an ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja kira-kira jam 2 pagi. Dia menawarkan untuk membawa wanita itu pulang ke rumah dengan menaiki motosikalnya. Mangsa pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk dan menyangka Yoon sebagai orang yang dikenalinya. Oleh sebab itu, dia bersetuju untuk menaiki motor suspek.

pelajar sekolah rogol nenek di korea

Selepas berjaya membawa mangsa, Yoon bertanya sama ada dia ingin pergi ke Nonghyub Bank, dan mangsa menjawab ya. Kemudian, dia terus menunggang motor ke arah bank tersebut. Sebelum sampai di bank, Yoon pergi ke sekolah rendah berhampiran di Nonsan. Selepas itu, dia memberitahu mangsa untuk menutup mata, oleh kerana mabuk, mangsa ikuti sahaja perintah Yoon.

Tanpa ada rasa bersalah, Yoon terus menyerang mangsa secara seksual. Lelaki itu juga mencekik leher dan memukul mangsa, sebelum memaksa wanita berusia 40-an itu minum air kencingnya.

pelajar sekolah rogol nenek di korea

Dia juga mengancam bahawa dia akan mencederakan anak perempuannya jika dia melaporkan hal ini kepada pihak polis. Malah tambah jijik, Yoon merakam perbuatan terkutuknya itu dengan kamera miliknya. Kejadian ini berlaku selama kira-kira sejam sebelum dia melarikan diri dengan barang berharga mangsa termasuk sebuah telefon bimbit.

Motif & hukuman 

Namun malang baginya, kerja jahat itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup di sekolah rendah berdekatan tempat kejadian. Yoon telah ditangkap pada hari yang sama oleh polis. Selepas disoal siasat, Yoon merupakan seorang pelajar sekolah menengah tahun ketiga.

Dia juga didapati tidak mabuk mahupun di bawah pengaruh dadah serta motosikal yang ditungganginya juga sebenarnya dicuri. Dia tidak mempunyai catatan jenayah awal dan mendakwa bahawa dia hanya bermaksud untuk mencuri wang mangsa tetapi dia tidak dapat mengawal diri ketika kejadian.

Sekarang kes masih dalam siasatan, Yoon kini ditahan atas tuduhan merompak serta merogol dan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Harap ada keadilan buat mangsa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...