Ikuti Kami:

Tidak Dikenali Selama 13 Tahun, Song Hayoon Akhirnya Bersinar Dalam ‘Marry My Husband’

Tidak Dikenali Selama 13 Tahun, Song Hayoon Akhirnya Bersinar Dalam ‘Marry My Husband’

Song Ha-yoon yang masih kelihatan muda seperti remaja sebenarnya sudah aktif di dalam dunia lakonan selama 22 tahun!

Song Ha-yoon kini sering dipuji ramai berikutan dengan lakonan hebatnya sebagai Jung Soo-min di dalam drama “Marry My Husband”, di mana drama lakonannya itu telah berjaya meraih rating sebanyak 11%.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Song Ha-yoon sebenarnya telah mula berlakon sejak 22 tahun yang lalu.

Meskipun sudah banyak terlibat di dalam drama serta filem selama 13 tahun, namanya tidak begitu dikenali malah dia juga sering diberikan watak sampingan.

song-ha-yoon-rain

Katanya di dalam satu temu bual,

Saya selalu berfikir adakah saya perlu meneruskan kerjaya ini. Walaupun saya terlibat dalam banyak filem dan drama, saya masih lagi kekal menjadi seorang pelakon yang tidak dikenali.

Berkat kerja kerasnya selama 13 tahun, Song Ha-yoon kini sudah semakin dikenali ramai disebabkan oleh lakonannya.

Malah, rata-rata peminat juga sudah tidak sabar untuk melihat perkembangan lakonan pelakon tersebut di dalam episod “Marry My Husband” yang akan datang.

Mesti lepas ni Song Ha-yoon dapat pegang watak utama pula kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...