Penampilan BoA di dalam episod terkini “Marry My Husband” telah dikritik oleh netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan lakonan penyanyi tersebut.
Di dalam satu komuniti atas talian, netizen serta penonton yang menonton episod terkini “Marry My Husband” telah meluahkan kekecewaan mereka dan mengkritik BoA kerana telah menyukarkan mereka untuk menghayati drama tersebut.
Antara komen netizen ialah,
Tumpuan saya hilang bila dia muncul, kenapa dia ada banyak babak?
Lakonan dia sangat teruk.
Saya tak rasa yang dia patut berlakon lagi.
Pengarah drama ni salah pilih pelakon.
Saya bukan tak suka dia tapi lakonan dia sangat menjengkelkan..
Saya terpaksa tonton lakonan dia sebab nak habiskan drama ini.
Terlebih dahulu, BoA telah membuat penampilan pertamanya di dalam “Marry My Husband” sebagai Oh Yu-ra, bekas tunang kepada Yoo Ji-hyuk (Na In-woo).
Namun, penampilannya di dalam drama tersebut telah menerima kecaman daripada penonton yang rata-ratanya meluahkan kekecewaan mereka terhadap lakonan serta penampilan penyanyi idola itu.
Korang rasa lakonan dia macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.