“Marry My Husband” kini hampir tamat dan hanya berbaki 3 episod lagi.
Diadaptasikan daripada Webtoon terkenal, drama ini telah mendapat sambutan yang baik dengan jalan cerita serta watak yang menarik.
Meskipun “Marry My Husband” telah berjaya memecahkan rekod tontonan pada awalnya, penonton mula merasakan bahawa separuh akhir drama itu tidak lagi sebaik permulaannya.
Malah, penonton serta peminat turut meluahkan pendapat mereka dan merasakan bahawa pengarah drama tersebut seharusnya mengikut jalan cerita asal seperti di dalam Webtoon dan tidak menambah jalan cerita yang tidak sepatutnya.
Antara komen penonton ialah,
Mereka buat jalan cerita drama ini jadi makin pelik.
Lagi baik jika mereka ikut jalan cerita seperti dalam Webtoon dan tidak menambah watak Oh Yu-ra.
Saya dah berhenti tonton sejak beberapa minggu lalu.
Jalan cerita dia makin melampau.
Saya tak faham dengan watak Oh Yu-ra.
Lagi baik baca Webtoon dia daripada tonton drama ini.
Apa pendapat korang yang dah tonton drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.