Ikuti Kami:

Tidak Dijangka, ‘Again My Life’ Bakal Ada Ending Berbeza Dari Webtoon Asal?

Tidak Dijangka, ‘Again My Life’ Bakal Ada Ending Berbeza Dari Webtoon Asal?

Bukan sahaja dramanya, namun webtoon dan novel asal “Again My Life” turut menerima sambutan yang hangat kini.

Untuk pengetahuan, ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang diberi peluang menjalani kehidupan keduanya.

Lapor media, novel web asal itu menduduki tangga kedua dalam ranking tontonan kumulatif selain webtoon tersebut pula berada di No 1 bagi jualan webtoon secara keseluruhan di Kakao pada April.

Disebabkan oleh plot yang menarik selain lakonan hebat Lee Jun-ki sebagai Kim Hee-woo membuatkan semakin ramai yang tertarik untuk ‘menyelongkar’ naskhah asalnya. Novel web tersebut turut menerima respon positif semasa awal keluarannya seperti, “Ianya pasti meletup jika dijadikan sebagai drama!” dan “Ianya sangat menyeronokkan hingga saya tak tidur.” 

sbs again my life

Apabila dramanya ke udara, jumlah transaksi meningkat sebanyak 72 kali dengan tontonan purata sehari menaik sebanyak 51 kali serta jumlah penonton sebanyak 27 kali.

Respon Kakao Entertainment,

Kami bersyukur kerana produksi Kakao Entertainment dari ‘Business Proposal’ ke ‘Again My Life’ menunjukkan keputusan yang baik. Walaupun drama itu masih lagi ditayangkan, ‘Again My Life’ bakal mempunyai ending berbeza daripada web novel dan webtoon. Seronok secara unik dapat melihat kisah Kim Hee-woo dalam pelbagai cara.

Korang rasa apa endingnya nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...