Eh betul ke ni?
Tular di media sosial selepas seorang peminat menjumpai Ah-yeon di syarikat Cube Entertainment.
Terlebih dahulu, Ah-yeon merupakan ahli yang paling dinanti-nantikan di antara tujuh ahli BABYMONSTER. Malah, dia juga sudah terkenal di kalangan peminat kerana menyerupai Jennie BLACKPINK.
Namun, penampilannya bersama BABYMONSTER tidak terjadi selepas syarikat itu mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa gadis itu mempunyai masalah kesihatan.
Khabar angin yang mengatakan ada yang melihat Ah-yeon di Cube Entertainment telah membuatkan peminat ragu-ragu. Apatah lagi selepas Cube masih lagi belum mendedahkan sebarang rancangan untuk menubuhkan kumpulan wanita baru dan hanya memfokuskan kepada penampilan sulung kumpulan lelaki mereka yang akan datang.
Rata-rata komen peminat ialah,
Saya tak percaya yang dia akan masuk ke syarikat itu.
Kenapa Cube? Bukan mereka nak keluarkan kumpulan lelaki sahaja ke?
Dia boleh debut dengan senang di YG, tapi dia pilih juga untuk masuk ke syarikat yang waktu debut dia tak pasti.
Dalam banyak-banyak syarikat, saya tak percaya yang dia pilih Cube.
Cube tak pandai jaga kumpulan mereka.
Kedua-dua syarikat iaitu YG Entertainment dan Cube Entertainment masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.