Ikuti Kami:

“Macam Video Tahun 2017” – Mirip BLACKPINK, Lagu Debut BABYMONSTER Dikritik Ramai

“Macam Video Tahun 2017” – Mirip BLACKPINK, Lagu Debut BABYMONSTER Dikritik Ramai

Walaupun dah lama dinantikan, reaksi peminat terhadap lagu BABYMONSTER tidak begitu memberangsangkan.

Setelah lama menanti, YG Entertainment telah mengeluarkan lagu debut BABYMONSTER yang berjudul “Batter Up” pada 27 November.

“Batter Up” telah membawa gaya utama hip-hop YG yang merangkumi pelbagai jenis bunyi. Namun, berbanding 2NE1 dan BLACKPINK, lagu yang dikeluarkan untuk BABYMONSTER ini tidak mempunyai sentuhan penerbit muzik utama YG iaitu Teddy.

Walaupun muzik video bagi kumpulan ini dirakamkan di pelbagai jenis set, namun segelintir peminat mendapati bahawa muzik video “Batter Up” kelihatan lebih kurang sama seperti muzik video BLACKPINK. Malah, struktur lagu tersebut juga kedengaran sama seperti lagu “Boombayah”.

babymonster bp

Dalam masa yang sama, walaupun Ruka dan Asa dipuji untuk persembahan rap mereka yang hebat, lagu itu telah dikritik ramai kerana kekurangan klimaks dan tidak begitu menyerlah.

Rata-rata komen netizen,

Boleh tak YG tukar tempat buat muzik video? Semua yang ada dekat dalam video BABYMONSTER sama dengan video BLACKPINK.

 

Kalau nak dibandingkan dengan kumpulan IVE dan NewJeans, BABYMONSTER mungkin akan dapat tempat terakhir.

 

Dah tahun 2023, tapi video mereka macam video tahun 2017. Nampak macam video tahun 2012 pun ada juga.

 

Ini kali pertama saya jumpa lagu K-Pop yang bahagian rap dia lagi bagus dari bahagian vocal.

 

Saya ingat lagu ni akan jadi macam lagu ‘Whistle’ BLACKPINK, tapi ia kedengaran seperti lagu TREASURE.

 

Kalau nak bandingkan dengan lagu debut YG yang lain, lagu ni mesti akan dapat tempat terendah.

 

Ketinggalan zaman!

Korang yang dah dengar lagu ni rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...