Ikuti Kami:

Tiba Di Program Muzik Tanpa Solekan, Penampilan Onew SHINee Terima Pelbagai Reaksi

Tiba Di Program Muzik Tanpa Solekan, Penampilan Onew SHINee Terima Pelbagai Reaksi

Baru sahaja melancarkan album solo, Onew SHINee pastinya sibuk dengan pelbagai aktiviti kini.

Pada 17 Mac hari ini, Onew akan membuat persembahan di program muzik KBS “Music Bank”, bagi mempromosikan album solonya “Circle”.

Bagaimanapun, penyanyi lelaki itu telah tiba di lokasi dengan penampilannya tanpa memakai solekan, menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Khususnya ada netizen yang menulis,

Saya rasa dia dah turun banyak berat badan..

 

Dia nampak seperti orang lain.

 

Dia nampak lebih berusia..

Selain itu, ada juga yang memahami tentang jadual sibuk ahli SHINee tersebut dan meninggalkan komen seperti,

Dia baru sahaja menamatkan lima konsert solo dan dua penampilan rancangan muzik selama dua minggu, tolonglah faham.

 

Dia adalah manusia, bukan anak patung yang kelihatan sempurna untuk sepanjang masa.

 

Saya tengok video, dia nampak biasa sahaja.

Kesian Onew, mesti tengah penat tu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...