Ikuti Kami:

“Saya Percaya..” – Moon Chaewon Dedah Kurang Pakai Make-Up Untuk Watak Dalam ‘Payback’

“Saya Percaya..” – Moon Chaewon Dedah Kurang Pakai Make-Up Untuk Watak Dalam ‘Payback’

Selepas “Flower of Evil”, Moon Chae-won telah kembali menemui penonton menerusi drama “Payback”!

Untuk pengetahuan, “Payback” menceritakan kisah balas dendam yang mendebarkan tentang mereka yang akan mempertaruhkan segala-galanya, untuk melawan kartel wang yang telah bersekongkol dengan undang-undang.

Dalam drama ini, Moon Chae-won akan menghidupkan watak Mejar Tentera Park Joon-kyung, seorang pegawai kehakiman elit yang lulus peperiksaan peguam dan lulus dari institut latihan dengan markah tertinggi.

Baru-baru ini, sidang akhbar untuk drama “Payback” telah diadakan dan dihadiri para pelakon Lee Sun-kyun, Moon Chae-won, Kang Yoo-seok serta Park Hoon, bersama pengarah Lee Won-tae.

sbs payback

Ketika sesi temu bual, Moon Chae-won berkongsi bagaimana dia menyesuaikan diri untuk memainkan watak Park Joon-kyung dalam siri berkenaan. Kongsinya,

Saya menonton banyak filem dan drama dengan genre yang sama berulang kali. Saya tidak mengalami kesukaran untuk menjiwai watak Park Joon-kyung. Saya rasa saya secara semula jadi menjadi watak itu dengan sendiri.

Kemudian, pengarah turut memuji lakonan Moon Chae-won dengan berkata,

Semasa bekerja dengannya, saya terus mengatakan ‘Dia melakukan dengan baik’. Melalui cara dia melakonkan wataknya, saya dapat melihat bahawa dia mengkaji dan meneliti watak itu dengan teliti sebelum pergi ke set. Saya sangat berterima kasih untuk itu.

moon chaewon payback

Mengenai perkara yang paling dia beri perhatian ketika berlakon dalam drama ini, Moon Chae-won menjawab,

Saya cuba untuk memakai make-up sedikit mungkin. Saya melepaskan keinginan saya untuk kelihatan cantik kerana saya percaya bahawa saya boleh berlakon dengan cara yang hebat.

Sementara itu, “Payback” akan bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Sabtu menerusi SBS.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...