Ikuti Kami:

Kisah Balas Dendam, Moon Chaewon Bawa Watak Mejar Tentera Dalam Drama ‘Payback’

Kisah Balas Dendam, Moon Chaewon Bawa Watak Mejar Tentera Dalam Drama ‘Payback’

Siap sedia semua untuk saksikan kemunculan semula Moon Chae-won dalam drama baru!

Untuk pengetahuan, Moon Chae-won akan kembali menemui penonton menerusi drama “Payback”, yang menceritakan kisah balas dendam yang mendebarkan tentang mereka yang akan mempertaruhkan segala-galanya, untuk melawan kartel wang yang telah bersekongkol dengan undang-undang.

Dalam “Payback”, Moon Chae-won akan menghidupkan watak Mejar Tentera Park Joon-kyung, seorang pegawai kehakiman elit yang lulus peperiksaan peguam dan lulus dari institut latihan dengan markah tertinggi.

Walaupun menjadi pendakwa yang paling jujur ​​dan adil, Park Joon-kyung bersumpah untuk membalas dendam selepas ibunya menjadi mangsa kejahatan yang dahsyat dan meninggal dunia dalam kematian misteri dengan banyak soalan yang tidak terjawab.

Terbaru, SBS telah melancarkan foto pertama Moon Chae-won dari drama tersebut, di mana dia dilihat memakai pakaian seragam dengan matanya yang penuh karisma.

Dalam pada itu, drama “Payback” akan mula ditayangkan pada 6 Januari nanti. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...