Ikuti Kami:

Moon Chaewon & Lee Sunkyun Sah Terajui Drama ‘Law Money’

Moon Chaewon & Lee Sunkyun Sah Terajui Drama ‘Law Money’

Pelakon Moon Chae-won kini bakal kembali ke layar dan bakal bergandingan dengan Lee Sun-kyun.

Perkara itu disahkan oleh agensinya, IOK Company dengan menyatakan bahawa,

Moon Chae-won sah bakal membuat penampilan semula dalam drama terbitan SBS terbaru, “Law Money”. 

Menjurus kepada itu, Moon Chae-won juga sempat berkongsi bahawa,

Apabila saya menyertai “Law Money”, saya rasa ianya akan menjadi cabaran menarik buat saya kerana ia satu genre yang berbeza dan jenis karakter yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Jadi, saya harap penonton juga akan rasa ianya menarik. 

moon chaewonDalam drama ini, Moon Chae-won bakal menggalas watak sebagai ketua tentera, Park Joon-kyung. Park Joon-kyung, pada awalnya merupakan seorang pelajar yang mencapai markah tertinggi dalam kedua-dua peperiksaan peguam dan di pusat latihan, namun memilih untuk menjadi pendakwa selepas enggan bekerja untuk sebuah firma guaman besar. Joon-kyung terlalu bersemangat menjadi pendakwa di bahagian jenayah, lalu menyertai tentera untuk mencari kebenaran tentang kematian ibunya dan bersedia untuk membalas dendam.lee sunkyunDrama “Law Money” ini juga bakal menggandingkan Moon Chae-won dengan Lee Sun-kyun yang akan memegang watak sebagai Eun-yong, seorang peniaga wang pertapaan yang juga merupakan pemilik dana ekuiti persendirian global serta ketua pelaburan. Lee Sun-kyun sebelum ini berjaya meraih perhatian apabila tampil dalam filem “Parasite” dan juga merupakan seorang pelakon yang mampu membawa watak dari pelbagai genre.

Jangkaan terhadap gandingan mereka dua meningkat apabila ianya sudah disahkan oleh pihak agensi masing-masing. Drama ini dilaporkan akan memulakan tayangan pada awal tahun hadapan.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...