Ikuti Kami:

Moon Chaewon Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Things Have Fallen Off’

Moon Chaewon Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Things Have Fallen Off’

Dah lama kan Moon Chae-won tak berlakon?

Terbaru pada 17 Mac, dilaporkan bahawa Moon Chae-won telah dilamar terajui drama adaptasi webtoon “Things Have Fallen Off”. Sebagai tidak balas untuk berita itu, agensi pelakon tersebut, IOK Company telah mengeluarkan kenyataan,

Moon Chae-won menerima tawaran untuk muncul dalam drama baharu ‘Things Have Fallen Off’ dan sedang mempertimbangkannya.

“Things Have Fallen Off” adalah drama berdasarkan cerita pendek oleh penulis webtoon Tari, yang mengisahkan tentang seorang wanita yang mengingat kembali kenangan bersama bekas teman lelakinya. Ia adalah versi Korea filem “About Time” di mana pasangan yang berpisah dengan kebosanan mencari erti perpisahan dan bertemu dalam perjalanan masa yang mengalir ke belakang.

Dalam tawaran ini, Moon Chae-woon akan membawa watak utama sebagai Ji-won, seorang pereka dalaman yang gila kerja dan berjaya pada usia muda. Walaupun dia mempunyai kemahiran reka bentuk dan penampilan yang sangat baik, dia seorang yang tidak teragak-agak untuk mencederakan orang lain untuk mencapai matlamatnya.

Sementara itu, drama ini akan diterbitkan oleh JTBC Studio dan kumpulan kreatif kandungan Moon, dan pengarah Han Yun-sun bertanggungjawab dalam pengarahan dan skrip.

moon chaewon things have fallen off

Semoga Moon Chae-won terima!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...